Jantung anda bertugas
sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini
berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi
atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak
komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
- Di Malaysia, Kajian
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit
ini adalah 24%.
- Lebih 2,800,000
rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak
menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan
Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
- Kira-kira 4.8 juta
orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke
atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and
Morbidity Survey, Jan 2010)